Podcast "Pendidikan dan e-Sukan: Perspektif Pendidik"
28 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 27 Disember 2024 (Jumaat), tiga orang peserta dari NADI Sungai Bandung telah menyertai Podcast eSukan yang bertajuk "Pendidikan dan e-Sukan: Perspektif Pendidik", dengan tetamu jemputan Cikgu Mohd Hafeez bin Ab Ghafur @ Yaakub, Guru Bimbingan Kaunseling dari SK Bukit Kemuning 2, Shah Alam, Selangor. Podcast ini membincangkan bagaimana e-sukan boleh menjadi platform pendidikan untuk pelajar, cabaran mendidik generasi digital, dan peranan sekolah serta ibu bapa dalam membimbing minat pelajar terhadap e-sukan secara positif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: